Jumaat, 5 Februari 2010

lawatan ke langkawi 21-23 Disember 2009

HARAPAN RG

  1. Menerima sumbangan berterusan daripada individu dan masyarakat
  2. Mendapat bantuan khidmat nasihat dari masyarakat
  3. Menyebarkan maklumat tentang Rumah Gemilang kepada orang ramai
  4. Menerima sumbangan makanan, barang, peralatan, kenderaan serta sumbangan lain yang boleh dimanfaatkan oleh penghuni
  5. Sumbangan kewangan sama ada menerusi derma atau zakat melalui akaun bank

PENCAPAIAN AKADEMIK

Kejayaan akademik yang di capai oleh penghuni RG kini boleh dibanggakan apabla 15 orang penghuni RG berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

RUMAH GEMILANG PUTERA

Sebuah lagi Rumah Anak Yatim lelaki di bina di Kg. Bunga Chepir Sik yang dikenali sebagai Rumah Gemilang Putera dan diuruskan di bawah pentadbiran yang sama

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan RG di perolehi menerusi sumbangan bantuan zakat dan derma yang dihulurkan oleh individu dan masyarakat. Sumbangan lain turut diterima dalam bentuk makanan (ayam, ikan, daging, beras) kenderaan (van, basikal, kereta) barang dan peralatan (katil, komputer, pakaian). Walaupun begitu sumbangan dari individu dan masyarakat masih diperlukan bagi menampung keperluan penghuni Rumah Gemilang

KUMPULAN SASARAN

Kriteria pemilihan adalah anak-anak yatim dan miskin di Daerah Sik yang berumur 7-19 tahun

CABARAN RG

  • uSahA uNtUk MeNdApAtKaN DaNa
  • MeNdIDik Ke ArAh KeCeMeRlAnGaN

MATLAMAT RG

  1. Menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi pembangunan insan
  2. Mengeluarkan individu dari kepompong kemiskinan
  3. Meningkatkan tahap sosio-ekonomi menerusi pendidikan yang berterusan sama ada dalam bentuk formal dan tidak formal

OBJEKTIF PENUBUHAN RG



  • Membantu pembangunan individu dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani seiring dengan keperluan pembangunan insan
  • Mengenal pasti ketidakupayaan individu dan mengenal pasti sumber-sumber yang boleh memperkasakan individu tersebut
  • Menjadi sebuah institusi sosial yang mampu memberi sokongan terhadap kecemerlangan individu seterusnya melahirkan individu yang berdaya maju

SEJARAH PENUBUHAN RUMAH GEMILANG

Rumah Gemilang diwujudkan pada 8 September 2000 di bawah Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Sik (ADIK) sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Lokasi penubuhan terletak di Kampung Banggol Derdap, Sik Kedah.
Rumah Gemilang ini adalah rentetan daripada Rumah Puteri Maryam yang mendapat peruntukan bangunan daripada Pejabat Daerah Sik.
Kini Rumah Gemilang berdiri teguh meneruskan usaha untuk membantu anak-anak yatim dan miskin di daerah Sik